berita

Fesyen Parti HLive! : Chacha & Emma Maembong Salah Pilih Busana?

May 14th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Fotor0513215654

Perasan tak dengan gambar kad jemputan ke parti H! Live yang dikongsikan oleh beberapa artis dan personaliti popular di Instagram?

Untuk makluman anda, parti tersebut telah diadakan semalam bertempat di Stadium Chin Woo dan dihadiri oleh ramai selebriti tempatan.

Setiap kali adanya majlis sebegini, fesyen hadirin yang hadir seperti biasa akan menjadi tumpuan segenap mata yang memandang.

Parti hiburan bertemakan suit up dan dress up ini menyaksikan Awal Ashaari dinobatkan sebagai Best Dressed Male, manakala Tasha Shilla pula dipilih sebagai Best Dressed Female.

Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-64

Dari apa yang digayakan, kedua-dua selebriti itu kelihatan menawan walaupun cukup bersederhana tanpa perlu berlebih-lebih dalam berfesyen.

Bagaimanapun, ada juga selebriti yang masih kurang bijak mencari gaya tersendiri hingga akhirnya nampak canggung dan tidak bersesuaian dengan tema.

Sebagai contoh, pakaian digayakan Chacha Maembong dilihat terlampau keanak-anakan untuk menghadiri majlis berkenaan.

Red Carpet  Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-34

Dress pendek paras peha bercorak tribal yang dipakai Chacha penuh dengan warna dan ianya tampak lebih sarat bila pelakon itu memadankannya dengan sepasang kasut dan clutch berlainan rona.

Tambahan pula, baju berkenaan tidak dapat menyembunyikan susuk tubuh Chacha yang kelihatan agak berisi dari sebelum ini.

Mungkin jika Chacha memilih busana lengan panjang berwarna sedikit gelap dengan perincian feminin, pastinya Chacha mampu menyerlah dan nampak lebih anggun.

Sementara itu, fesyen Emma Maembong juga dilihat kurang tepat dan sedikit mencacatkan imejnya tidak seperti busana hijau emerald yang dipakai Emma sewaktu menghadiri Anugerah Meletop ERA tempoh hari.

Red Carpet  Majlis Pelancaran Parti Hiburan h live-25

Entah mengapa Emma nampak pelik dengan pakaian berwarna merah hitam itu. Mungkin kerana rekaannya nampak seperti kot penyiasat pesendirian.

Bagaimanapun, Emma tetap tampil sedondon dengan kekasihnya, Zizan Razak yang mengenakan sut hitam berserta bow tie rona merah.

Namun ini hanyalah pendapat kami, mungkin anda di luar sana lebih bijak bergaya dan mempunyai pandangan yang berbeza. Apapun jom lihat foto-foto selebriti yang hadir ke parti H! Live di bawah ini.

SKIP THIS AD ×