Pelakon dan penyanyi, Fida Ibrahim selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki pada Rabu.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Tengah Mengandung..Dia Bagi Nombor Telefon Suami Dekat Perempuan’ – Fida Ibrahim Dedah Ada Dua ‘Bulldozer’ Kacau Rumah Tangga
Artikel Berkaitan: Rafidah Tolak Offer ‘Peminat Misteri’ Nak Bagi Duit Puluhan Ribu Jika Sudi Jadi Isteri
Timang anak lelaki
Berita gembira itu dikongsikan oleh suami Fida iaitu Shahzemir Shahzulkarib menerusi hantaran di Instagram.
Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak sulung kami. Bayi lelaki tengah hari semalam (Rabu), tanggal 6 Rejab 1445 bersamaan 17 Januari 2024.
Dalam perkongsian sama, Shahzemir turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya dan isteri serta bayi mereka.
Syukur dan terima kasih buat semua yang sentiasa mendoakan kebaikan kami sekeluarga.
Sementara itu, ruangan balas dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Untuk info, Fida dan Shahzemir mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur selepas 17 tahun berkenalan.
Sumber: Instagram