Sebelum ini, nama aktres Fify Azmi pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon Syazwan Zulkifly.
Terbaru, Fify memberitahu dia sudah kurang berhubung dengan Syazwan dan hubungan mereka sudah tidak akrab seperti dahulu.
Artikel Berkaitan: ‘Aksi Tunjuk Jari Tengah, Pengarah Yang Suruh Saya Buat ‘ – Fify Azmi
Artikel Berkaitan: Fify Azmi Jawab Dakwaan Kerap Terjebak Cinta Lokasi, Nafi ‘Playgirl’ – ‘Biarlah Orang Buat Andaian’
Artikel Berkaitan: Filem ‘Fanna’ Bakal Temui Penonton Di Pawagam Mulai 28 September Ini!
Kami tak gaduh
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, berkata, dia juga memilih tidak lagi saling mengikuti Syazwan di media sosial selepas mengetahui status sebenar pelakon ‘7 Hari Mencintaiku’ itu.
Kami pernah rapat tapi tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya.
Itu salah! Itu sebab saya tidak dengan dia tapi kami masih berkawan dan lepak bersama.
Tambah Fify, tindakan tersebut dilakukan selepas dia berasa terganggu dengan Syazwan yang sentiasa mahu mendekatinya. Ujar pelakon filem ‘Padu’ ini lagi, dia lebih selesa berkawan dengan orang yang berterus terang mengenai status diri.
Saya akan unfollow kalau dia masih nak cuba (mengurat) saya, yang tak sedar lebih baik unfollow.
Saya suka orang yang berterus terang yang dia sudah berpunya tapi saya dengan dia okay saja tidak ada masalah.
Berbicara lebih lanjut, Fify memberitahu dia akan lebih berhati-hati sekiranya mahu mencari pasangan hidup selepas ini.
Jelasnya lagi, apa yang berlaku merupakan pengalaman baharu buatnya memandangkan teman lelaki sebelum ini tidak pernah berkelakuan seperti itu.
Lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik.
Bila datang kepada benda yang tak pernah saya alami saya akan periksa.
Saya tak pernah tutup pintu hati cuma saya tiada masa dan tidak fikir fasal bercinta. Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya.
Fify yang ditemui pada majlis tayangan perdana Filem Padu The Movie yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam, turut meluahkan rasa bangga apabila filem Padu The Movie menerima reaksi yang positif daripada penonton, semalam.
Filem Padu merupakan filem yang diinspirasikan daripada kisah benar tentang pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara. Di samping itu, penonton boleh mengetahui mengenai perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.