Selebriti media sosial, Ameera Khan mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut berhubung tuduhan berjudi lumba kuda di luar negara, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Anak Saya Tidak Pernah Jejak Tempat Perjudian’ – Noor Kartini
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Dituduh Berjudi Lumba Kuda, Ibu Neelofa ‘Naik Hantu’ – ‘Ini Sangat Biadap’
LMK enggan ulas
Ketika ditemui OhBulan!, Ameera atau mesra dengan sapaan LMK berkata dia tidak kisah apa yang manu ditafsirkan netizen menerusi perkongsian di laman sosialnya.
Apa saja yang saya pilih untuk kongsi di Instagram (IG) adalah untuk anda lihat, itu saja. Ia adalah pilihan saya untuk kongsi.
Apa saja yang anda mahu ambil dari perkongsian itu, fikirlah apa yang anda nak fikir. Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah.
Ameera berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu kolaborasi Naelofar x Disney diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.
Terdahulu, ramai melemparkan kata-kata negatif ekoran Ameera ada memuat naik fotonya sedang memegang tiket dengan kapsyen meletakkan pertaruhan.
Dalam pada itu, Ibu kepada Ameera iaitu Datin Noor Kartini memberitahu dia tampil bersuara mengenai tuduhan tersebut kerana sudah keterlaluan.
Kartini bagaimanapun berkata dia mengambil tindakan untuk memadam posting yang dikongsikan sebelum ini kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.
Malah, Kartini turut meluahkan rasa syukur dan bangga dengan anak-anaknya yang tidak pernah jejak ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.