berita

Filem Animasi Frozen Diterbitkan Dalam Versi Bahasa Melayu

November 18th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Frozen

Bagi mereka yang meminati filem animasi seperti Rapunzel : A Tangled Tale dan Wreck-It Ralph, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebuah lagi filem animasi terbaru terbitan Walt Disney Animation Studio berjudul Frozen: Anna & Permaisuri Salji.

Secara umumnya, filem asal Frozen diterbitkan dalam versi Bahasa Inggeris, akan tetapi Malaysia menjadi salah sebuah negara yang bertuah kerana filem animasi berkenaan akan ditayangkan dalam dua versi serentak, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu pada 28 November 2013.

frozen

Watak Olaf yang akan dibawakan oleh Ray

Bagi versi Bahasa Melayu, filem Frozen: Anna & Permaisuri Salji akan dialih suara oleh selebriti-selebriti terkenal seperti Liyana Jasmay, Marsha Milan Londoh dan penyampai radio, Ray dari Era FM.

Melalui proses alih suara ini, Liyana Jasmay akan memegang watak utama sebagai Puteri Anna, iaitu seorang puteri yang ceria dan positif. Manakala Marsha serta Ray pula masing-masing akan memainkan watak sebagai Puteri Elsa dan orang salji bernama Olaf.

Frozen 2Puteri Anna bersama Olaf dan sahabat-sahabatnya

Pada awalnya, filem arahan Cris Buck ini menceritakan tentang penggambaran penuh epik Puteri Anna bersama sahabatnya, Kristoff dan seekor kuda, Sven, dalam proses untuk mencari kakaknya, Puteri Elsa.

Puteri Elsa dikatakan mempunyai kuasa sihir luar biasa dan kuasa tersebut telah menyebabkan seluruh negara Arrendell bertukar menjadi musim sejuk buat selama-lamanya.

Perubahan cuaca tersebut telah menyebabkan Puteri Anna dan Kristoff terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sehinggalah mereka bertemu degan Olaf, iaitu orang salji yang sangat lucu dan mempunyai kuasa untuk memendam musim panas.

Dengan adanya Olaf, mampukah Puteri Anna mengembalikan negaranya kepada musim asal? Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk menyaksikan filem Frozen: Anna & Permaisuri Salji mulai 28 November ini di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Untuk makluman, pihak Walt Disney Animation Studio turut mengadakan peraduan istimewa buat penonton setia mereka, di mana pemenang yang bertuah akan layak menerima cenderahati eksklusif berupa :

20 x pass bermusim untuk menonton filem Frozen (BM)
1 x patung Olaf bernilai RM300
3 x T-shirt (dewasa) filem Frozen bernilai RM250 setiap satu
2 x tuala Frozen bernilai RM200 setiap satu
2 x beanie Frozen bernilai RM180 setiap satu
2 x botol air Frozen bernilai RM180 setiap satu
2 x buku nota Frozen bernilai RM150 setiap satu
2 x pelekat Frozen bernilai RM80 setiap satu

Sebelum menang hadiah, apa kata kita layan dulu trailer filem Frozen selepas ini :

Borang Peraduan : 

Create your free online surveys with SurveyMonkey , the world’s leading questionnaire tool.

SKIP THIS AD ×