Jarang-jarang filem seperti ini dilancarkan di Malaysia. Kalau ada pun ia adalah filem “Surf’s Up”, kisah sekumpulan penguin comel yang tahu meluncur air.
Filem ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Jay Moriarty (Jonny Weston) yang mempunyai cita-cita untuk meluncur ombak yang paling bahaya di dunia. Untuk mengejar impiannya, dia telah meminta Frosty Hesson (Gerard Butler) untuk melatihnya sehinggalah dia berjaya. Sepanjang mereka berdua bersama, Moriarty dan Hesson telah membentuk satu hubungan persahabatan yang unik.
Untuk pengetahuan, filem biografi ini diadaptasi dari kisah benar seorang peluncur air bernama Jay Moriarity yang tinggal di Utara California. Sebagai peluncur air, ombak laut di Utara California disenaraikan sebagai ombak yang paling berbahaya dan digeruni oleh peluncur.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Oktober ini. Trailer “Chasing Mavericks” selepas ini.