berita

Filem Pendek, Pecahception Memang Pecah!

June 28th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-06-28 at 10.28.37 AM

Ya, kami tahu ramai antara anda yang sudah mengenali Kyopropaganda. Dia bukanlah pengarah filem tersohor tempatan, namun kebanyakan video-video yang dimuatnaik olehnya ke laman Youtube telah berjaya menarik dan menghiburkan para penonton.

Anda masih ingat lagi tak dengan filem Inception lakonan Leonardo DiCaprio dan juga Joseph Gordon-Levitt? Filem Hollywood ini memang mempunyai keunikan tersendiri dan ia boleh dikategorikan sebagai filem yang agak berat.

Namun, atas idea dan ke-kreatifan Kyopropaganda, pelajar dari UiTM Lendu, Melaka, pengarah muda ini telah merakamkan sebuah filem pendek yang berkisarkan tentang kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi.

Namun, filem pendek ini bukan setakat pecah rumah, tetapi ia turut menyelitkan sedikit humor dimana 4 orang perompak yang berlainan kumpulan cuba untuk memecah rumah yang sama.

Screen Shot 2013-06-28 at 10.29.10 AM

Seorang lagi perompak yang muncul tiba-tiba

Sekadar pesanan, masih banyak kerja diluar sana yang elok dari melakukan jenayah pecah rumah, kan? Mari tonton filem pendek, Pecahception selepas ini.

http://www.youtube.com/watch?v=ZhEzuE8UgxI&feature=share&list=UUrik9qMitf0zW9VNXwcsarA

SKIP THIS AD ×