berita

Filem ‘Walid’ Bawa Nama Malaysia Ke Uzbekistan

September 29th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon utama filem ‘Walid’ iaitu Megat Sharizal memberitahu filem lakonannya itu akan ditayangkan di festival filem di Uzbekistan selama lima hari bermula hari ini. Tahniah!

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Bermakna Kalau Tua & Gemuk, Tidak Boleh Jadi Pelakon Aksi’ – Megat Shahrizal

Kami bawa diri

Menerusi laporan Harian Metro, Megat menjawab dakwaan yang mengatakan filem ‘Walid‘ ini tidak mendapat sambutan yang baik di pawagam tempatan.

Memandangkan pawagam di Malaysia tak nak tayang filem Walid, maka kami membawa diri ke Tashkent International Film Festival di Uzbekistan!. Pihak kami mendapat jemputan untuk menayangkan filem Walid di Uzbekistan daripada pihak penganjur festival terbabit.

Saya bersama, penerbit dan pengarah filem ini Areel akan berada di Uzbekistan selama seminggu dan semua kos keseluruhan trip di sini ditaja penganjur. Festival ini akan berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

Disoal mengenai jumlah kutipan filem tersebut di Malaysia, Megat berkata dia sendiri tidak tahu mengenai perkara itu.

Pengarah pun belum maklumkan kepada saya berapa jumlah kutipan keseluruhan filem Walid setakat ini. Difahamkan, filem Walid masih lagi ditayangkan di pawagam tempatan selepas masuk minggu ketiga tetapi jumlah pawagam yang menayangkan filem itu mungkin sudah berkurangan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×