berita

‘Saya Cuba Untuk Jadi Artis Tanpa Kontroversi’ – Putri Qaseh

September 7th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Menerusi temu bual bersama OhBulan! pelakon remaja Putri Qaseh memberitahu dia tidak mahu terlalu mengejar publisiti atau populariti semata-mata untuk dikenali ramai.

Artikel Berkaitan: Nama Digugurkan Daripada Produksi ‘Mat Kilau’, Areel Tak Benarkan Karya Ditayang

Artikel Berkaitan: Areel Abu Bakar Bergerak Secara ‘Fakir’, Guna Duit Sendiri Hasilkan Filem ‘Walid’

Tak mahu kejar publisiti

Ketika ditemui di Malam Gala Filem ‘Walid’ di Starling Mall, Selasa lalu, Putri Qaseh atau nama sebenarnya Putri Qaseh Izwandy, 15, sedaya upaya menolak untuk terpalit kontroversi di usia yang muda. Tambah Qaseh, dia tidak mahu melibatkan diri dalam sebarang pergaduhan, perselisihan faham antara rakan pelakon remaja lain yang kerap kali menjadi bahan bualan netizen di media sosial.

Saya pun tidaklah aktif sangat di media sosial. Kebanyakan perkongsian adalah berkaitan kerja. Kalau bertemu dengan rakan pelakon remaja lain pun, itu sebagai rakan satu industri.

Kalau boleh, saya tak mahu ambil tahu sangat tentang perselisihan apa-apa. Bagi saya tak penting pun kontroversi itu. Saya cuba untuk jadi artis tanpa kontroversi.

Sebab apa pun cerita atau isu sensasi itu datang daripada kita sendiri, jadi saya tak mahu mencemarkan nama baik keluarga dan diri sendiri.

Disoal mengenai filem ‘Walid’, Qaseh memberitahu naskhah tersebut memberi cabaran berbeza dan dia teruja untuk menanti respons peminat filem tanah air terhadap karya arahan Areel Abu Bakar itu.

Bila tengok tayangan, saya rasa sudah buat yang cukup baik untuk Walid. Tetapi kelakar sebenarnya tengok diri sendiri berlakon kan? Saya cuba cari kesalahan dan ruang untuk saya perbaiki.

Sebagai pelakon, memang saya ada watak idaman. Tetapi untuk masa ini, saya ikut tawaran. Watak dan karakter yang ditawarkan.

Sekadar info, filem ‘Walid’ bakal ditayangkan di seluruh pawagam mulai 14 September ini.

SKIP THIS AD ×