berita

‘Tidak Bermakna Kalau Tua & Gemuk, Tidak Boleh Jadi Pelakon Aksi’ – Megat Shahrizal

September 18th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon filem ‘Walid’ Megat Sharizal, 41, berharap pengarah di tanah air tidak bersikap diskriminasi terhadap pelakon berusia dan bertubuh besar.

Artikel Berkaitan: Areel Abu Bakar Bergerak Secara ‘Fakir’, Guna Duit Sendiri Hasilkan Filem ‘Walid’

Artikel Berkaitan: Nama Digugurkan Daripada Produksi ‘Mat Kilau’, Areel Tak Benarkan Karya Ditayang

Cukup-cukuplah ambil abang sado

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Megat atau nama sebenarnya Megat Sharizal Mohamed Yusoff berkata, Malaysia mempunyai banyak pelakon berbakat yang mempunyai asas pertarungan sekali gus berkebolehan menjayakan filem aksi.

Pengarah filem aksi cukup-cukuplah ambil abang sado untuk berlakon. Pelbagaikanlah pelakon kita. Tidak bermakna kalau tua dan gemuk, tidak boleh jadi pelakon aksi.

Sebagai individu yang pernah mewakili Kuala Lumpur sebanyak tiga kali untuk pertandingan Silat Gayong peringkat kebangsaan pada tahun 1998, Megat memberitahu filem ‘Walid’ merupakan filem pertama dia menjadi pelakon utama.

Sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, ini kali pertama dia ditawarkan sebagai pelakon utama. Saya rasa terkejut apabila ditawarkan jadi watak utama. Bagi saya, lakonan adalah amanah. Saya kena bertanggungjawab sebagai teraju utama membawa naskhah ini. Jadi, saya buat betul-betul.

Bercerita mengenai pengalaman sepanjang penggambaran filem ‘Walid’, Megat mendedahkan pernah dijangkiti Covid-19, sekali gus membuatkan pernafasannya terganggu lebih-lebih lagi ketika melakukan babak aksi.

Apa yang malangnya, semua adegan aksi saya lakukan selepas terkena Covid. Jadi memang rasa tidak selesa dari segi pernafasan. Selain itu, aksi semua tiada masalah kerana kebanyakan pelakon memang mempunyai asas silat.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×