berita

Finalis Hero Remaja 2012, Fattah Amin Playboy?

November 8th, 2013 | by Ai
Filem Tempatan

Playboy Itu Suami Aku (3)

Melihat tajuk diatas, pasti ramai tertanya-tanya. Setahu OHBULAN!, Fattah Amin bekas finalis Hero Remaja 2012 ini baru nak mengembangkan sayapnya dalam bidang lakonan.

Namun sebenarnya, Fattah Amin atau lebih mesra dengan panggilan Fattah ini bukanlah playboy, tetapi itu hanyalah dalam drama yang bakal disiarkan mulai 11 November ini setelah drama Love You Mr.Arrogant menutup tirai.

Drama ini turut diserikan dengan kehadiran pelakon baru yang sedang meningkat naik, Nur Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim yang popular dalam telemovie Bukan Cinta Monyet.

playboy 3

Drama berjudul Playboy Itu Suami Aku ini mengisahkan tentang Raja Adrian Benjamin (Fattah) seorang lelaki kaya yang terpaksa berkahwin dengan calon pilihan ibunya Afina Aulia lakonan Nur Risteena walhal Adrian merupakan kekasih kepada Fisya (Cha cha Maembong).

Dalam pada itu, Adrian yang juga seorang kaki perempuan sentiasa menunjukkan sikap egoisnya terhadap Afina. Setiap kali mereka bertemu,  pasti akan berlaku pertelingkahan. Tetapi lain pula bagi Afina, dia sentiasa mengalah dengan setiap perbuatan Adrian kepadanya.

Kisah ini bermula ketika Afina dan Syaf (Wan Sharmila) bertemu dengan ibu Adrian Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) untuk menempah gubahan bunga.  Pertemuan tersebut membuatkan ibu Adrian terpikat dengan kesopanan dan kelembutan peribadi yang dimiliki oleh Afina.

Playboy Itu Suami Aku (2)

Atas desakan ibunya, Adrian terpaksa akur untuk memperisterikan Afina. Dalam mengejar matlamatnya untuk memiliki jawatan CEO Kiara Emas, dia terpaksa meninggalkan Fisya dan mengahwini calon pilihan ibunya.

Pelbagai ujian dan rintangan datang bertalu-talu setelah Afina dan Adrian berkahwin. Malah, hubungan mereka juga dicemburui oleh Fisya. Dendam Fisya yang kian memuncak turut mengheret Nazri ( Jay Iswazir) dalam rancangan jahatnya.

Dalam pada itu, Afina telah disahkan menghidap penyakit Amnesia. Kesan daripada penyakit tersebut, perwatakan Afina berubah secara drastik. Fisya pula tekad meninggalkan Malaysia dan menyambung pelajaran di luar negara.

playboy

Bagaimanakah kesudahannya? Apakah yang terjadi pada rumahtangga mereka nanti? Nantikan lakonan mantap mereka dalam drama siri terbaru slot akasia setiap isnin hingga khamis jam 7.00 petang, Playboy itu Suami Aku.

SKIP THIS AD ×