Permergian Allahyarham Tia Jinbara baru-baru ini turut memberi kesan yang mendalam terhadap penyanyi Indonesia, Firman Siagian yang pernah berkongsi pentas bersama arwah ketika menyertai program Gegar Vaganza musim keempat (GV4).
Artikel Berkaitan: Baru Tubuh Tabung Bantuan & Tak Sempat Derma Hati, Isteri Tak Sangka Tia Jinbara Sudah ‘Pergi’
Artikel Berkaitan: Tia Jinbara Meninggal Dunia
Firman doakan arwah
Ketika ditemui OhBulan!, Firman berkata dia sama sekali tidak mengetahui tentang penyakit yang dialami oleh arwah Tia dan berasa sedih ketika diberitahu tentang berita kematian tersebut.
Arwah semasa di Gegar Vanganza dahulu memang rapat dengan saya, jadi ketika saya dikhabarkan dengan pemergiannya saya memang sangat sedih.
Terus terang saya katakan, saya selama ini tidak mengetahui bahawa Abang Tia sedang sakit.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 45 tahun ini menyifatkan arwah Tia atau nama sebenarnya Shamsul Bakhtiar Zakaria sebagai seorang yang sentiasa merendah diri selain banyak mendedahkannya tentang muzik di negara ini.
Orangnya sangat-sangat merendah diri sebab itu saya rapat dengan dia.
Arwah sering kongsikan tentang peminat-peminat di Malaysia dan dia juga banyak mendedahkan saya dengan muzik ‘rock kapak’.
Firman berkata demikian di sidang media Konsert Malam Galau ST12 yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Sementara itu, Firman turut mendoakan agar arwah vokalis kumpulan Jinbara tersebut di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa.
Saya berharap kita semua bersama-sama mendoakan, semoga roh arwah dicucuri Allah.
Pada Rabu lalu, Tia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.17 malam di Hospital Shah Alam kerana mengalami masalah kanser hati.
Untuk info, Firman, Aris (Indonesian Idol) dan Hazama bersama ST12 menjayakan konsert tersebut dengan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka antaranya Kepingan Hati, Kehilangan dan Putih Putih Melati.