Eh siapa je tak nervous jumpa bakal mertua buat kali pertama kan? Mesti korang rasa macam berdebar “dup..dap..dup..dap” gituh! Sampai ada yang tak boleh tidur malam kerana terlalu takut memikirkan. Relax, korang ikut tips daripada Sis Katy ni confirm baik-baik je.
1. Rancang Pertemuan
Pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan korang tau. Korang janganlah datang secara mengejut, mana tahu masa yang korang datang tu mengganggu orang lain. Buat hilang mood je tau! Plan well okay babes!
2. Jaga Penampilan Diri
Girls! First impression sangat penting eh. Korang pakailah pakaian yang sopan dan kemas. Alaa nak pikat hati mak mertua kan, apa salahnya jadi perempuan melayu terakhir kan? Hihi :p
3. Tunjukkan Adab Sopan & Kerajinan
Haa ni common sense lah kan. Korang kena ringankan tulang membantu bakal mertua. Tak kisahlah memasak ke mengemas ke cuci pinggan ke. Diorang sebagai ibu kepada pasangan korang mesti nak tahu skill apa yang korang power. You go girls!
4. Biarlah Bersederhana
Dah kalau beraya kat rumah bakal mertua tu korang jangan pulak rasa bongkak atau berlebih-lebihan. Kalau make up tu, janganlah macam hantu kak limah sangat. Minimalist gituh cukup lah. Jangan risau, korang tetap cantik okay!
5. No Fake Fake!
Haa ni tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Just be yourself. Jangan tiba-tiba ada split personality pulak. Fake tu boleh mendatangkan syak wasangka dari pihak mertua tau!
6. Pengetahuan Agama Yang Kukuh
Ilmu pengetahuan bab agama ni penting kerana itu adalah tunggak kebahagiaan dan kewajiban keluarga. Kot ye pun nervous, janganlah sampaikan doa makan pun boleh tak tahu pulak. Malu wei!
7. Soal Selidik Pihak Mertua
Korang eloklah buat soal-selidik dulu melalui pasangan korang. Takdalah nanti ada salah faham sebab salah info. Korang kena tahu juga macam mana nak menambat hati bakal mertua korang. Kalau tak tahu, next week Sis Katy share topik tu untuk korang get ready okay!
8. Pandai Mencari Topik Perbualan
Sis faham korang mesti rasa awkward bila first time jumpa bakal mertua korang. Tapi chill… Korang sembang je apa-apa, asalkan ada topik nak sembang. Ni pun salah satu cara nak mencuri hati bakal mertua tau. Good luck!
9. Bawa Buah Tangan
Dah namanya melawat, apa salahnya korang bawa buah tangan kan? Nak ambil hatilah kata kan. Buah tangan ni membawa simbol penghargaan daripada korang terhadap pihak mertua.
10. Kenal-Kenal Dengan Adik-Beradik Pasangan
Haa yang ni best kalau korang dapat berkawan dengan adik-beradik pasangan korang. Mesti dia rasa macam “awhhh sweetnya”. Ambil peluang tu untuk berkawan dengan keluarga pasangan. Sebab nanti kalau korang kahwin, ibarat kahwin dengan keluarga dia jugak.
Yay Sis Katy done share tips untuk korang yang first time nak beraya dengan bakal mertua tuu! Jangan nervous, chill je! Tak susah pun, yang penting muka tu janganlah masam je. Tunjuklah friendly tu okay! Chaiyokkk babes!
Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.