berita

Fiza Muat Naik Foto Adam Di Instagram, Hubungan Pasangan Selebriti Ini Sudah Pulih?

April 24th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Adam-AF2-dan-Fiza-Elite-kahwin-630x420

Rasanya semua sudah tahu mengenai rumahtangga Adam AF dan Fiza Elite yang hangat diperkatakan sekitar minggu ini bukan? Isu menjadi semakin panas apabila sebuah akhbar melaporkan Fiza sudahpun memfailkan penceraian.

Malah, Fiza turut meluahkan rasa terkilannya terhadap masyarakat yang menuding jari menyalahkannya tanpa mengetahui apa yang berlaku.

Terkini, melalui laman sosial Instagram milik Fiza sendiri, sekeping foto telah dimuat naik yang menunjukkan Adam sedang bekerja.

Foto Adam

Foto yang dimuat naik oleh Fiza malam tadi

Apa yang menarik perhatian kami adalah caption yang ditulis oleh Fiza seolah-olah menunjukkan dirinya kini sudah berbaik semula dengan suaminya itu.

Foto tersebut turut menerima pelbagai komen dari peminat yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini serta meminta mereka menyelesaikan masalah diluar mahkamah.

Apapun, jika benar apa yang kami tafsir ini, syukur kami ucapkan kerana pasangan ini sudah pun kembali bersama. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×