Kecoh di media sosial apabila netizen mendakwa penyampai radio Fizi Ali sudah menemui teman pengganti selepas meninggalkan komen di akaun TikTok seorang gadis.
Artikel Berkaitan: Tinggal Komen ‘Sweet’ Dekat TikTok Gadis Cantik, Netizen Persoal Fizi Ali Baru Cerai Dah Jumpa Pengganti?
Mana ada bercinta
Menjawab status hubungan kepada OhBulan!, Fizi menyatakan hubungan mereka sekadar kawan biasa sahaja dan bukan seperti yang kecoh di media sosial.
Katanya, gadis yang bernama Shahida itu ditemui ketika dia menjalankan tugas sebagai hos di sebuah majlis, baru-baru ini.
Sebenarnya saya dan Shahida hanyalah berkawan. Video itu kami berjumpa di sebuah majlis dan dia memuat naik di media sosial. Kami bukan pasangan bercinta pun, berhubung hanya atas urusan kerja sebab dia ‘person incharge’ untuk urus saya masa majlis itu.
Kalau orang yang kenal rapat, tahu bahawa saya seorang yang suka bergurau dan memberi komen manis sebegitu. Tak sangka pula kali ini cepat viral dan menjadi bualan ramai.
Dituduh bapa tak guna
Disebabkan viral video tersebut, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan dia digelar bapa tak guna kerana dituduh menggatal sewaktu anak perempuannya, Ameena Sofia positif Covid-19.
Malah ceritanya lagi, Shahida turut digelar perampas dan menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan aktres Shakilla Khoriri.
Bila dah jadi macam ini, ada yang cakap saya bapa tak guna. Anak tengah positif Covid-19, bapa pula menggatal. Ada yang sampai tuduh Shahida punca saya dan Shakilla bercerai, sondol suami orang.
Tak patut cakap macam itu, saya kesian dekat Shahida. Dia tak bersalah, netizen pula tak tau cerita sebenar terus main tuduh.
Dalam pada itu, Fizi berharap agar orang ramai merestui sekiranya dia ataupun Shakilla bertemu dengan pasangan baru suatu hari nanti.
Jodoh itu di tangan Tuhan. Andai kata suatu hari nanti, kami ada pasangan baru, jangan la kecam. Dah tertulis saya dengan Shakilla tak ada jodoh.
Saya nampak ada juga yang komen positif, yang faham dengan situasi. Janji bukan curang masa dalam hubungan suami isteri.
Sekadar info, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun hubungan terlerai selepas bercerai pada 15 Disember tahun lalu. Hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @fiziali_