berita

Fizo Omar Bakal Akhiri Zaman Bujang November Ini

October 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

sidang media tarikh pertunangan fizo dan mawar-21

Pelakon kacak, Fizo Omar akhirnya memutuskan untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda, Mawar Abdul Karim pada 10 November depan, bertempat di kediaman Mawar sendiri di Country Heights, Kajang.

Menurut Fizo, dia memilih Mawar sebagai ratu hatinya kerana wanita tersebut merupakan seorang yang tegas dan sentiasa bersikap profesional dalam kerjayanya sebagai seorang ahli perniagaan.

Artikel Berkaitan :

Meskipun pada peringkat awal, Mawar tidak memberi respon yang positif terhadap hubungan mereka, akan tetapi, atas usaha gigih yang ditunjukkan oleh aktor tersebut, akhirnya Mawar menerima Fizo seadanya.

Sebenarya kami mula berkenalan sejak tahun lepas, itu pun sewaktu saya membuat penggambaran video untuk jenama tudung Fareeda. Setelah selesai penggambaran tersebut, lebih kurang setahun juga kami tidak berhubung antara satu sama lain.

Akan tetapi, awal tahun baru ini, dalam bulan tiga atau empat kami mula berjumpa semula atas urusan kerja dan makin lama, hubungan kami jadi semakin rapat. Setelah enam bulan berkenalan, saya akhirnya membuat keputusan untuk menyunting dia (Mawar) sebagai teman hidup saya. Itu pun setelah mendapat restu daripada keluarga.

Pada awalnya memang agak sukar untuk mendekati Mawar sebab dia seorang yang tegas. Dia juga sangat profesioanal dalam kerjayanya. Disebabkan itu, saya terpikat dengan dia.

sidang media tarikh pertunangan fizo dan mawar-17

Reaksi Mawar sewaktu dilamar Fizo

Mengulas lebih lanjut mengenai hubungan cinta mereka, Mawar akui pada awalnya dia sengaja menjual mahal kepada aktor tersebut, kerana ingin melihat sejauh mana ketulusan hati Fizo dalam usaha untuk mengenali dirinya.

Saya bersetuju untuk menerima lamaran Fizo sebab saya rasa sangat selesa dan serasi bila bersama dengannya. Lagipun saya memang nampak kesungguhan dia untuk mendapatkan saya. Memang sebelum ini saya sengaja nak uji dia, nak tengok sejauh mana dia serius dengan hubungan kami.

Selepas saya tengok dia berani jumpa mama saya dan sampaikan hajat tersebut, akhirnya saya bersetuju untuk terima dia seadanya. Itu pun setelah mendapat restu daripada keluarga.

sidang media tarikh pertunangan fizo dan mawar-24

Mawar menerima bunga & sebentuk cincin daripada Fizo

Dalam pada itu, Mawar akui ini merupakan pengalaman pertamanya dilamar dan bercinta dengan seorang jejaka. Sebelum ini, Mawar tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki kerana keluarga amat menitikberatkan keselamatan dirinya.

Untuk makluman, sekitar jam 1.00 petang tadi, Fizo Omar telah membuat satu kejutan buat Mawar, di mana aktor tersebut telah melamar bakal isterinya itu di hadapan pihak media dan ahli keluarga terdekat masing-masing.

Sebagai rujukan, Fizo dan Mawar telah bersepakat untuk melangsungkan pertunangan mereka pada 9 November ini dan majlis pernikahan pula akan diadakan sehari selepas itu (10 November 2013). Kedua-dua majlis tersebut akan disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9, tepat jam 9 pagi.

Apa pun, untuk semua peminat Fizo, di sini OHBULAN! kongsikan beberapa foto menarik yang sempat lensa kamera kami rakamkan sekitar sesi melamar Mawar sebentar tadi.

SKIP THIS AD ×