Bakal menyambut cahaya mata ketiga perempuan dijangka hujung Mei depan, Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri Azrai teruja dan bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah SWT.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizo Omar Kongsi Isteri Hamil Lima Bulan, Peminat Cakap Penat Tapi Seronok Anak Nampak Sebaya
Bakal timang anak perempuan lagi
Menurut Fizo, 37, dia mengakui terkejut apabila mengetahui isterinya mengandung anak kedua ketika Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan.
Ini semua rezeki anak termasuk yang sedang dikandung isteri saya kini. Isteri saya disahkan mengandung anak kedua ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Nama pun rezeki kami terima dengan lapang dada.
Tapi saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat Wan Khaleeda masih kecil dan memerlukan perhatian.
Selain itu, ditanya mengenai jantina anak ketiganya yang juga perempuan, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar menyifatkan keluarganya sudah lengkap.
Alhamdulilah, sekali lagi Allah memberi amanah kepada saya untuk menjaga seorang lagi puteri. Kehadiran bakal puteri ini akan melengkapi hidup kami.
Untuk rekod, selain Wan Khaleeda, Fizo juga mempunyai anak pertama, Wan Maryam hasil perkongsi perkahwinan pertamanya.
Fizo berkata demikian ketika majlis pelantikan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz, baru-baru ini.
Majlis itu turut dihadiri Personaliti Perniagaan yang terkenal seperti Sifu Jamal (Pengasas SifuBad Sdn Bhd), Datuk Faridah Hanim, (Pengasas Annems Leadership Solution ) dan Tuan Hanif Azmi (Personaliti Latihan Keusahawanan).
Risau nak terima tawaran
Bercerita mengenai lantikan sebagai duta jenama berkenaan bersama isteri dan anaknya Wan Khaleeda, Fizo menyatakan itu adalah rezeki anak dan seperti umpama durian runtuh.
Akui pelakon drama Adellea Sofea, pada awalnya dia berasa ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut.
Takut juga terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula.
Dipendekkan cerita pada suatu hari, kakak saya ada datang ke rumah.Kakak memang sudah ada anak. Saya pun terus buka cerita, dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan produk ini. Rupa-rupanya, kakak pun sudah lama menggunakannya sejak anak pertama lagi.
Akuinya, ia memang bagus dan bebas bahan kimia. Tambah pula ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, buat apa nak ragu.
Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda. Saya pun sudah jatuh hati dan akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur.
Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari.
Tebal sifat keibubapaan
Sementara itu, pengasas yang juga merupakan pasangan suami isteri, Ahmad Zulkifli Saad dan Mahirah Mohd Fazil berbangga meraikan 150 usahawan pada malam itu yang berjaya membuat jualan tertinggi tahun lalu.
Antara hadiah yang diserahkan kepada kumpulan usahawan itu ialah kereta Toyota Alphard berwarna putih sebagai ganjaran utama kepada ‘top seller’, pakej umrah, komputer riba, telefon bimbit dan sebagainya.
Menurut, Ahmad Zulkifli, pemilihan Fizo dan kerabat keluarganya dilihat bertepatan dengan jenama produk keluarannya.
Fizo dan isterinya sendiri dilihat begitu tebal dengan sifat keibubapaan. Mereka seperti ibu bapa lain mengutamakan kesihatan dan keselamatan anak sekali gus menyemai kasih sayang bersama.
Kami optimis pemilihan mereka dapat mencanakkan lagi keberadaan jenama ini.
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Mamz Legacy Sdn Bhd dan beribu pejabat di Bandar Baru Bangi ini mula berada di pasaran sejak tahun 2017 dan sudah mempunyai lebih 10,000 ejen.
Kami bangga melihat kebangkitan ejen yang menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup. Dari awal bertapak hingga awal tahun ini, sudah 10,000 rakyat yang rata-ratanya wanita berjaya membuat jualan atas talian di rumah saja.
Kebanyakan daripada mereka berjaya mengubah status hidup dan meraih pendapatan tetap walaupun bergelar suri rumah. Pada acara berlangsung tempoh hari, Naemah Mohamad Mohd Fadzil menjadi top seller 2022 dan dihadiahkan Toyota Alphard.
Tahun lalu saja dia berjaya membuat jualan lebih daripada RM4 Juta, mampu menyelia lebih 3000 pasukan ejen di bawahnya dan membuka sebuah cawangan Mamz di Butterworth, Pulau Pinang.
Kata Mahirah, dua produk yang laku keras ialah Mamz Oil dan Mamz Baby Cream.
Mamz Oil berfungsi untuk merawat kahak dan selesema bayi, melegakan batuk dan merawat asma dan resdung.
Mamz Baby Cream pula untuk mengelakkan ekzema, mencegah kembung perut, membantu anak tidur lebih lena, selain melembapkan kulit bayi.
Mengenai sasaran tahun 2023, syarikat ini mensasarkan untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan dan membantu lebih ramai suri rumah menjadi usahawan atas talian dan seterusnya membantu menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing.
Latihan intensif bakal diberikan dan cara menjana jualan akan diajar sepenuhnya buat usahawan baru.
Tak ketinggalan, tahun ini kami juga melancarkan lebih 40 billboard yang terpampang wajah Fizo, isteri dan anak sepanjang lebuh raya PLUS dan Federal Highway.