Pelakon, Fizo Omar mendedahkan dia telah dimasukkan ke hospital selama tiga hari selepas disahkan mengalami penyakit vertigo.
Artikel Berkaitan: ‘Masih Lagi Diisytihar Bankrap 8 Juta’ – Fizo Omar
‘Tiba-tiba pengsan’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar memberitahu dia sepatutnya menjalani penggambaran rancangan Nasi Lemak Kopi O pada Khamis lepas.
Ketika kejadian, Fizo baru sahaja selesai mengambil wudhu untuk menunaikan solat Subuh, namun sewaktu solat dia merasakan rumahnya seakan-akan sedang berpusing sebelum dia jatuh pengsan.
Menurut Fizo, dia hanya mendengar suara isterinya menangis dan menelefon jiran mereka untuk meminta tolong.
Sepatutnya 18/1/2024 hari pertama Abe Jo bersiaran Nasi Lemak Kopi O tapi Abe Jo tak muncul-muncul rupanya dekat hospital. Ini kira baru keluar hospital semalam.
Hari itu, Abe Jo bangun pagi, masa nak ambil wudhu dan rasa macam pening-pening, Saya ingat saya mamai ke jadi teruskan lah pergi solat, masa tengah solat tuh, tengah berdiri tiba- tiba rasa rumah ini berpusing.
Abe Jo tak cakap banyak… tersembam muka atas sejadah terus tak sedar apa. Dengar lah faz jerit-jerit dan menangis. Yelah suami dia pengsan depan mata kan, telefon jiran, telefon orang tu, telefon orang ini dan telefon ambulans.
Sewaktu tiba di hospital, pelakon yang berusia 38 tahun itu terus membuat pemeriksaan kesihatan dan doktor memberitahu dia mengalami penyakit vertigo.
Tambahnya lagi, ini merupakan pertama kali dia mendengar tentang penyakit vertigo ini.
Abe Jo macam sedar tak sedar, Jadi sampai hospital terus buat mri scan, paling takut sekali saya ni kena strok ke, saya ni kena sakit jantung ke, macam-macam lah.
Yelah, tiba-tiba saja, tiada sakit ke apa ke dan dia tiada bagi hint ke tiba-tiba pengsan. Bila buat pemeriksaan, rupanya doktor cakap Abe Jo ini kena vertigo.
Abe Jo pun tak tahu apa benda dan ini pertama kali dengar penyakit vertigo.
Sumber: Instagram