berita

Fizz Fairuz Respon Dakwaan Dah 3 Bulan Tak Ada Job, Demand Harga Tinggi Lepas Menang Anugerah

November 19th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, isteri kepada pelakon Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia telah memuatnaik kapsyen di laman Instagram mengenai suaminya sudah tiada tawaran kerja hampir 3 bulan. Ternyata, status berkenaan mengundang spekulasi dalam kalangan pengarah dan penerbit drama tempatan.

Fizz Fairuz menerusi laporan BH Online respon mengenai situasi berkenaan setelah dihujani panggilan telefon dari penerbit. Malah, ada juga khabar angin mendakwa ‘harga’ pelakon itu sudah naik setelah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin (ASK) lalu.

Bila dah 2 bulan tak ada job

https://www.instagram.com/p/B42Tln-g4Cz/

Almy Nadia sebelum ini menerusi laman Instagramnya memuatnaik gambar suaminya, Fizz Fairuz dengan kapsyen yang mengatakan suaminya itu tiada tawaran penggambaran walaupun sudah hampir 3 bulan.

Posting isteri kepada pelakon ini telah mengundang perhatian ramai pengarah dan penerbit drama sehingga mereka sendiri menghubungi Fizz Fairuz.

Konon saya sudah naik ‘harga’

Tidak sangka pula posting Almy Nadia itu menjadi viral sehingga menyebabkan penerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian, Anugerah Skrin (ASK) 2019 dihujani panggilan telefon daripada pengarah dan penerbit yang berminat menawarkannya berlakon.

Tak fahamlah… Kenapa tak tanya saya? Alhamdulillah… Ada penerbit dan pengarah bertanya benarkah saya tidak ada tawaran berlakon. Mereka beritahu setiap kali bertanya mengenai saya, saya dikatakan sibuk dengan penggambaran.

Saya dapat tahu, ada juga yang beritahu konon saya sudah naik ‘harga’, lagi-lagi selepas menang trofi ASK 2019. Saya tak faham kenapa orang yang bertanya tidak bercakap terus dengan saya? Kemudian buat andaian sendiri pula.

Nilai bayaran masih sama

Isterinya, Almy Nadia mendakwa segelintir produksi seolah-olah tidak berani mengambil Fizz Fairuz berlakon kerana bayarannya terlalu mahal. Tambah Fizz Fairuz, biarpun sudah memenangi pelbagai trofi, dia sangat fleksibel mengenai kadar bayaran penggambaran.

Selama saya menang anugerah, nilai bayaran masih sama. Saya adalah anak seni yang bertimbang rasa. Tidak pernah lagi saya letak kadar RM3,000 bagi satu episod. Terpulang kepada budi bicara penerbit. Jika mereka menawarkan harga yang terlalu rendah, saya akan minta naik sikit.

Benar pelakon terbabit ada pengikut yang ramai di laman sosial, tetapi hasilnya ‘kayu’. Mungkin Allah mahu saya berehat, buat perkara lain dan meluangkan masa lebih lama dengan keluarga.

Sumber: BH Online, Fizz Fairuz, Almy Nadia

SKIP THIS AD ×