berita

Fizz Fairuz Sanggup Bertudung Demi Nelydia Senrose. Apa Dah Jadi?

May 21st, 2014 | by Ai
Kini Trending

Rasanya satu Malaya dah tahu bahawa pelakon kacak, Fizz Fairuz kini sudah bergelar suami kepada pelakon jelita, Almy Nadia.

Namun, bukan kisah rumahtangga Fizz yang ingin kami beritahu. Tetapi, imej terbaru Fizz yang dikatakan sudah berubah hingga sanggup bertudung.

Dengar cerita, Fizz mengubah imej dari seorang jejaka tulen kepada wanita bertudung semata-mata untuk mendekati Nelydia Senrose. Apa yang dah jadi ni?

Fizz Fairuz

Bukan itu saja, Fizz turut mengenakan busana muslimah dan juga solekan pada wajahnya. Malah kami menjadi lebih kaget apabila melihat Fizz memakai pakaian dalam wanita.

Bagaimanapun, pembaca setia OHBULAN! janganlah cepat melatah, kerana sebenarnya Fizz berpakaian begitu demi menjayakan watak yang dilakonkannya bersama pelakon jelita tersebut.

Dalam filem tersebut, Fizz memegang watak sebagai jejaka yang sanggup menyamar menjadi wanita semata-mata untuk memenangi hati seorang gadis berhijab yang sukar untuk didekati.

Fizz

Izzue

Bukan itu saja, anda pasti terkejut dan teruja apabila melihat Izzue Islam turut mengenakan busana wanita dalam filem ini. Kelakar habis!

Malah, sejak trailer ini dimuat naik ke laman Youtube, ramai peminat yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem yang pastinya akan menggelikan hati.

1 2 3

Kalau nak tahu, filem tersebut merupakan sebuah filem komedi arahan Waan Hafiz yang berjudul ‘Mat Tudung’ dan bakal ditayangkan dipawagam pada 28 Julai 2014 nanti. Jom tengok dulu trailer filem ini. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×