berita

FMFA 2014 Dijangka Lebih Meriah Dan Epik

September 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Future Music Festival Asia this year attracted over 55,000 fans across two days

Para peminat muzik pastinya teruja dengan berita tentang Future Music Festival Asia (FMFA) yang akan kembali menghiburkan semua pada tahun hadapan.

Lokasi festival belum dapat dipastikan di mana namun ianya akan diadakan pada 13-15 Mac 2014. Meskipun begitu, Ketua PR Livescape Asia, Jason Kong menyatakan bahawa FMFA akan datang dijangka lebih meriah berbanding yang terdahulu.

Tak banyak yang dapat kami kongsikan sekarang selain daripada kepastian tentang FMFA bakal kembali ke Kuala Lumpur tahun depan.

Saya percaya festival tahun depan akan lebih hebat daripada sebelumnya. Kalau anda rasa FMFA tahun lepas sudah cukup epik, tunggu kemunculan FMFA 2014 pula. Kami akan tampilkan barisan penghibur yang akan membuatkan penonton teruja.

FMFA has announced its dates for 2014, expanding to a three day concept from March 13 - 15 next year

Berbanding tahun sebelumnya, FMFA 2014 akan diadakan selama tiga hari berturut-turut dan dijangka mendapat sambutan yang lebih hangat.

Jika FMFA yang baru berlangsung pada bulan Mac lepas berjaya menarik 55,000 jumlah penonton, FMFA 2014 pula menjangkakan lebih kurang 75,000 orang akan hadir termasuk 20,000 pengunjung dari luar negara.

Untuk makluman anda, barisan penghibur-penghibur yang akan membuat persembahan bakal diumumkan melalui sebuah sidang media pada 3 Oktober 2013.

FMFASIA Promo

Tetapi sebelum itu, sejumlah tiket akan mula dijual pada 28 September 2013 jam 3 petang di Rock Corner, The Gardens, Mid Valley City. Namun tiket yang dijual pada harga RM88 untuk ketiga-tiga hari festival cuma terhad kepada 500 keping sahaja.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai festival ini, sila layari Facebook Future Music Asia.

SKIP THIS AD ×