berita

Follower Instagram Ajak Nabila Huda Tukar Agama?

June 18th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ARIANA-ROSE-Drama-PC-8-630x420

Nama Nabila Huda merupakan satu nama besar dalam industri hiburan tanah air. Bukan sahaja merupakan anak seorang lagenda rock, tetapi hot mama ini juga dikenali dek kerana bakat lakonan yang bermutu.

Sayangnya, Nabila atau lebih mesra disapa Abil ini tidak pernah lekang dari kontroversi. Malah, semalam kami sendiri ada mendengar khabar kurang enak mengenai Abil.

Rasanya, anda pun tahu bahawa Nabila atau lebih mesra disapa Abil ini membunyai lifestyle yang tersendiri. Namun tersentap kami apabila membaca ruangan komen beberapa orang peminat Abil di laman sosial Instagram miliknya.

nabilahuda

Untuk pengetahuan, foto tersebut bukanlah foto terbaru Abil, ia telah dimuat naik ketika Abil menghadiri satu majlis anugerah beberap minggu lalu.

Namun, baru-baru ini foto tersebut menerima banyak komen dari peminat. Semuanya gara-gara beberapa follower yang bertindak mengajak Abil menukar status agamanya.

Bukan itu saja, Abil turut disarankan membawa anaknya sekali iaitu Keisha untuk berbuat perkara yang sama.

Amboi, sampai begitu sekali ajakan follower ini. Kot iya pun tak suka cara kehidupan dan berpakaian Abil, rasanya tak perlu kot menyuarakan perkara sebegitu. Bukankah ia merupakan isu sensitif?

Frankly speaking, kami sendiri seram tengok pengguna-pengguna laman sosial sekarang ni, mungkin tak semua berperangai begitu, tetapi jagalah adab masing-masing supaya tidak menyakiti hati sesiapa. Tak gitu?

Apapun, kami harap Abil akan terus sukses dalam kerjaya dan kehidupannya. Dengar cerita Abil sedang bercuti sakan sekarang ni, jom intai sikit foto-foto terbaru hot mama ini

SKIP THIS AD ×