berita

‘Followers’ Belum Cukup 1 Juta, Afdlin Shauki Perli Stesen TV – ‘Pelakon Lelaki Terbaik FFM 3 Kali Tewas Di IG’

October 4th, 2021 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki menerusi status yang dimuat naik di media sosial dipercayai berang dengan tindakan sesetengah penerbit yang meletakkan jumlah pengikut sebagai syarat pengambilan pelakon untuk sesebuah drama atau filem.

Artikel Berkaitan: Nam Ron Sahut Cabaran Stesen TV & Penerbit Yang Mahu 1 Juta Pengikut Di Media Sosial – ‘Foto Bogel Akan Disiarkan Kalau Capai Sasaran’

Artikel Berkaitan: Penerbit Drama Lebih Pandang Kualiti Persembahan, Lakonan & Sikap Pelakon – ‘Jumlah Pengikut Di Media Sosial Merupakan Bonus’

Followers kurang

Pemilik nama Afdlin Shauki bin Aksan menjelaskan dia sedar mengapa tidak diberikan tawaran berlakon walaupun pernah merangkul pelakon lelaki terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Hos Terbaik Asia di Asian TV Awards berikutan jumlah pengikut di media sosial yang kurang.

Patutla tak bayak job berlakon! Walaupun pernah pelakon lelaki terbaik FFM 3 kali dan Anugerah Hos terbaik Asia di Asian TV Awards di Singapura tapi akhirnya tewas di followers ig!

Menerusi perkongsian tersebut pelakon Papadom ini turut berkongsi tangkap layar jumlah pengikutnya yang masih belum mencecah satu juta. Pada masa yang sama, dia turut memberikan pandangannya berhubung situasi ini.

Hahaha I love Malaysia. Pakai otak la guys! Jangan kerana menindas karyawan macam ni satu hari korang bangun tidur pakai track suit hijau bernombor di dada sebelah kiri dan di paksa bermain konda kondi dan kalau kalah betul betul mati. #kalautindasorangkenasquidgame

Terdahulu, viral di media sosial mengenai sikap sesetengah stesen televisyen (TV) tempatan yang lebih suka memilih pelakon utama dalam sesebuah drama atau filem berdasarkan jumlah pengikut media sosial mereka.

Sumber: Afdlin Shauki

SKIP THIS AD ×