berita

Dua Peserta Juarai Festival Tari Malaysia 2013

December 10th, 2013 | by Ai
Kini Trending

MII_3617

Pada 7 Disember lalu, telah berlangsungnya malam kemuncak Festival Tari Malaysia 2013 (FESTARI) di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Festival tari menari ini telah mempertandingkan sebanyak 16 kumpulan penari, dimana 8 daripadanya merupakan pesaing untuk kategori tradisional manakala 8 kumpulan lagi daripada kategori moden.

Melalui pertandingan ini, peserta-peserta telah dinilai dari segi persembahan, gerak tari yang hebat dan keunikan penampilan dalam setiap tarian yang dipersembahkan.

MII_2334

Stop Reverse Crew juara kategori moden

Jika tahun 2009, menyaksikan kumpulan Kreasi Baru dinobatkan sebagai juara, untuk tahun ini, mungkin sedikit berlainan dimana dua peserta iaitu Stop Reverse Crew (moden) dan Anak Dalam Gading (tradisional) telah menjuarai pertandingan Festival Tari Malaysia 2013.

Untuk naib johan, peserta kelahiran sabah iaitu Kitta Move (moden) dan Prima Dansa (tradisional) secara rasminya telah berjaya merangkul gelaran tersebut.

Apa yang pasti, Humble First daripada kategori moden dan Busak Lawai daripada kategori tradisional telah berjaya merebut gelaran kumpulan Harapan untuk Festival Tari Malaysia tahun ini.

Dalam pada itu, kategori koreografer dan busana terbaik turut dimenangi oleh Anak Dalam Gading dan Stop Reverse Crew.

MII_2884

Juara kategori tradisional Anak Dalam Gading

Selain dihoskan oleh Hunny Madu dan Hafiz Hatim, acara gilang-gemilang itu turut diserikan dengan persembahan khas daripada Noraniza Idris, One Nation Emcees dan kumpulan tarian terkenal, Wakaka Crew.

Mari lihat nama-nama pemenang untuk Festival Tari Malaysia 2013 selepas ini:

Juara Katergori Tradisional & Juara Kategori Moden – Anak Dalam Gading & Step reverse Crew

Membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM10,000 dan sijil penyertaan

Naib Juara Kategori Tradisional & Naib Juara Kategori Moden – Kitta Move & Prima Dansa

Membawa pulang sebuah trofi, wang tunai sebanyak RM8000 dan sijil penyertaan

Anugerah Kumpulan Harapan kategori tradisional & moden – Humble First & Busak Lawai

Membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000

SKIP THIS AD ×