berita

Foto : Aaron Aziz & Luna Maya Di Set Penggambaran Tembus

September 4th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Filem Tembus 3

Bermula 24 Ogos lalu, Aaron Aziz baru sahaja menjalani sesi penggambaran filem terbarunya berjudul Tembus, bersama pelakon jelita, Luna Maya.

Filem arahan Ahmad Idham itu turut mambariskan beberapa artis terkenal tempatan seperti Fazura, Khir Rahman, Eizlan Yusof serta si cilik Mia Sara.

Menurut Ahmad Idham, tujuan utama dia memilih Luna Maya membintangi filem terbaru arahannya itu adalah untuk menggandingkan tiga pelakon dari tiga buah negara yang berbeza iaitu Malaysia (Fazura), Singapura (Aaron) dan Indonesia.

Filem Tembus 6

Sejak filem bergenre psiko-thriller tersebut memulakan sesi penggambarannya, dilihat pelakon dan pengarah terkenal, Khir Rahman turut melahirkan rasa teruja kerana diberi peluang untuk bergandingan dengan Luna Maya dan perasaan tersebut turut dilahirkan menerusi laman sosialnya beberapa hari lalu.

Khir Rahman

Wah, melihat sahaja barisan pelakon yang mantap, pastinya filem Tembus ini bakal mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton-penonton tempatan terutamanya peminat Aaron Aziz dan Fazura kan?

Apa pun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto menarik sekitar penggambaran Filem Tembus untuk tontonan anda semua. Jom layan!


 Kredit Foto : Instagram Ahmad Idham, Khir Rahman & Excellent Pictures 

SKIP THIS AD ×