berita

Foto: Aaron Aziz Rai Ulangtahun Perkahwinan Di Maldives

August 20th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-08-20 at 10.42.57

Jika diperhatikan, Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik sering menjadi tumpuan media kerana mereka merupakan antara pasangan yang paling romantik di dalam dunia selebriti.

Mana tidaknya, setiap hari pasti ada sahaja gambar romantis mereka dikongsikan baik oleh Aaron mahupun Diyana di laman Instagram.

Terbaru, Aaron memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan dia dan isterinya sedang menikmati keindahan Pulau Maldives sambil meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-sepuluh.

Screen Shot 2013-08-20 at 10.44.31

Nampaknya, Aaron dan Diyana tidak membawa anak-anak mereka bersama untuk percutian kali ini sebaliknya ditemani oleh beberapa orang kenalan rapat.

Untuk pengetahuan anda, pasangan ini telah berkahwin pada 2 Ogos 2003 dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.

Bagi peminat-peminat Aaron, OHBULAN! ada sertakan beberapa keping foto romantis pasangan ini untuk tatapan anda. Semoga anda terhibur melihat kebahagiaan Aaron dan Diyana di kepulauan Maldives.

Kredit foto: Instagram Aaron Aziz dan Diyana Halik

SKIP THIS AD ×