berita

Foto : Adakah Ini Kekasih Hafiz Suip?

February 8th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

71423_487599411298849_1600546874_n

Semalam, didalam kekecohan isu yang terjadi diantara Sharnaaz Ahmad dan juga Shila Amzah, tiba-tiba sebuah akhbar online tempatan menyiarkan kenyataan Hafiz yang mengaku sedang hangat bercinta. Lari sedikit tumpuan peminat kepada pelantun lagu ‘Ku Akui’ ini.

Melalui seorang pembaca, OHBULAN! telah menerima mesej yang menunjukkan sedikit klu mengenai kekasih Hafiz. Menurut sumber, nama kekasih Hafiz ialah Izzah Zie dan wanita ini juga berasal dari Sarawak.

OHBULAN! kemudian mendapati beberapa klu di laman Instagram milik Hafiz dan perbualannya bersama gadis bernama Izzah Zie turut menunjukkan sesuatu yang menarik sedang berlaku diantara mereka.

Screen Shot 2013-02-08 at 12.34.57 PM

Tulisan gelap menunjukkan Hafiz menulis status nikah dengan kereta sebagai gurauan. Kemudian, Izzah Zie membalas dengan jawapan, “Hahahhaa tak sah.”

Screen Shot 2013-02-08 at 12.29.07 PM

Dilihat hanya gurauan biasa, namun Hafiz seperti merayu sambil bergurau dengan gadis bernama Izzah ini selepas Izzah katakan tidak sah.

Screen Shot 2013-02-08 at 12.29.21 PM

Kita nantikan saja kenyataan seterusnya dari Hafiz sendiri. Jika benar wanita ini adalah kekasihnya, semoga berbahagia ya Hafiz.

Bawah, wanita yang dikatakan bernama Izzah Zie dan juga kekasih kepada Hafiz.

SKIP THIS AD ×