berita

Foto : Adira Buka Puasa Bersama Kekasih?

July 29th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Adira

Sebelum ini sebuah portal hiburan pernah melaporkan bahawa penyanyi yang terkenal menerusi lagu Ilusi, Adira dikatakan sedang bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Shahrul Nasrun Kamarudin.

Namun begitu, menurut laporan berlainan, penyanyi ini akui dia sememangnya sedang rapat dengan jejaka tersebut, akan tetapi hubungan mereka masih belum sampai ke tahap yang lebih serius.

Adira 4

Adira disamping Sharul sewaktu hadiri majlis buka puasa

Bagaimanapun, menerusi beberapa keping foto yang dikongsi oleh seorang pembaca OHBULAN! melalui laman sosial Twitter, baru-baru ini Adira dikatakan telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama individu yang dikatakan sebagai kekasihnya itu di sebuah hotel yang terletak di ibu kota.

Jika dilihat daripada sekeping foto yang dipaparkan, jejaka tersebut nampaknya sedang memaut erat bahu Adira dan menerusi foto berkenaan, mereka kelihatan sangat mesra serta tidak kekok untuk bergambar bersama.

Jadi, adakah benar mereka sedang bercinta atau mungkinkah kemesraan yang ditonjolkan oleh mereka adalah sekadar sebagai teman rapat?

Apa pun di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto  Adira dan jejaka tersebut sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Untuk makluman, pada Hari Raya Aidilfitri akan datang, penyanyi ini akan turut beraya di rumah Shahrul yang terletak di Kelantan dan mereka akan bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail yang bakal berlangsung pada Hari Raya ketiga.

SKIP THIS AD ×