Apabila melihat foto-foto romantis Aeril Zafril dan Wawa Zainal ni, terasa macam nak kahwin sekarang juga. Amboii, macam gatal nau bunyinya kan.
Tapi serius cakap, cemburu pun ada bila kami intai Instagram Aeril dan Wawa. Mana taknya bukan main syok lagi mereka honeymoon di Paris, Amsterdam dan Belgium.
Dalam banyak-banyak gambar, ada satu yang menarik perhatian kami iaitu foto Aeril tersenyum lebar bila dipeluk Wawa dari belakang. So sweet!
Alahh, apa nak kisah, yang memeluk dan dipeluk pun dah halal di sisi agama. Betul tak? Jadi, tak timbul masalah pun bagi mereka kalau nak tunjukkan kemesraan bersama.
Lagi pun, suami mana yang tak tersenyum lebar apabila dipeluk oleh orang tersayang kan? Hmm, kami faham perasaan itu. Hihihi.
Kalau korang nak tahu, Aeril dan Wawa ke Paris bagi menjalani rakaman siri Romantika. Untunglah dapat bekerja sambil berbulan madu. Kalau ada rezeki, dapatlah Attar adik nanti. Tak gitu?
Nah, kami kongsikan video dan foto-foto menarik yang dikongsi pasangan ini. Korang jangan jeles pulak okay!
Kredit Foto : Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafril