berita

Foto: Aishah Sinclair Melawat Sekolah Hijau Di Bali

October 2nd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-10-01 at 17.26.18

Jika dibandingkan dengan rakan artis Celepets (CLPT) yang lain, nama Aishah Sinclair agak jarang diperkatakan. Mungkin selebriti ini sendiri yang kurang gemar menjadi fokus perhatian.

Namun OHBULAN! tertarik dengan keprihatinan Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Mohamed Sinclair yang gemar memartabatkan dan memupuk semangat cintakan alam sekitar.

Kalau anda nak tahu, pada 27 September yang lepas, Aishah telah bertolak ke Bali untuk melawat Sekolah Hijau Bali (Bali Green School) dan pusat khidmat masyarakat di sana.

Screen Shot 2013-10-01 at 17.27.05

Untuk makluman anda, Sekolah Hijau Bali adalah sebuah sekolah antarabangsa yang mengetengahkan konsep alam serta menggunakan tenaga solar sebagai sumber tenaga utama.

Sekolah yang keseluruhannya dibina daripada buluh itu memuatkan hampir 300 orang pelajar dari lebih 45 buah negara.

Melihat kepada gambar-gambar yang dikongsikan oleh Aishah di Instagram sahaja sudah cukup membuatkan peminat-peminatnya termasuk OHBULAN! untuk melihat sendiri keindahan pemandangan di sana.

Screen Shot 2013-10-01 at 21.07.26

Selain daripada itu, Aishah juga difahamkan telah melawat daerah Muntigunung dan mengikuti program Future for Children Foundation di samping menikmati perjalanan indah mendaki gunung.

Tidak dapat dinafikan bahawa apa yang dilakukan oleh Aishah merupakan sesuatu yang mulia. Sebenarnya ada banyak cara yang boleh dilakukan oleh seseorang individu untuk berbakti dan menjadi sukarelawan adalah salah satu daripadanya.

Apapun, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto yang sangat cantik pada pandangan kami untuk tatapan anda.

Kredit foto: Instagram Aishah Sinclair

SKIP THIS AD ×