berita

Foto : Akma AF3 Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

July 23rd, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Akma Af3

Tahniah! diucapkan buat pasangan Akma AF3 atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 28 dan suami, Farih Hamshi Dato’ Mohamad Fatmi atas kelahiran puteri sulung mereka Selasa lepas.

Berita gembira ini telah dimaklumkan sendiri oleh Akma menerusi laman Twitter dan Instagramnya dengan status berbunyi :

Its time.. doakan Akma semoga semuanya di permudahkan ye..

Alhamdulillah.. Akma selamat melahirkan bayi perempuan.. 16 Julai 2013 jam 10.56 mlm.. terima kasih atas doa kalian.. syukur ya Allah..

Baby Akma  10

Setelah genap seminggu bayi comel ini dilahirkan, akhirnya Akma dan suami telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan nama puteri sulung mereka sebagai Awatif Husna Hamshi yang membawa maksud sebagai terkumpul, ehsan dan kebaikkan.

Salam.. hari ni hari ke7 baby dilahirkan.. Daddy dah pun register nama baby, Awatif Husna Hamshi bt Farih Hamshi.. alhamdulillah.. semoga jd anak yg solehah sayangku..

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto Husna dan video comel bayi tersebut untuk tatapan anda semua.

Untuk makluman, Akma dan Farih telah bernikah pada pada 30 Jun 2012 dan majlis resepsi mereka telah diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur.

Kredit Foto & Video : Instagram Akma

SKIP THIS AD ×