berita

[FOTO] Ala-Ala Rumah Agam Kolonial, The Edison Hotel Georgetown Janjikan ‘Feel’ Luar Negara!

August 14th, 2020 | by Ben Farid
Travelogue

Tatkala berkunjung ke Georgetown, Pulau Pinang pastinya pelbagai tempat yang ingin dikunjungi. Antara yang menarik perhatian ialah hotel The Edison yang terletak di tengah-tengah bandar itu. Keunikan seni bina membuatkan hotel ini antara yang paling menonjol di bandar Tapak Warisan Dunia itu.

Colonial meet contemporary

Rumah agam Kolonial yang telah dibaik pulih menjadikan hotel ini pilihan utama para pelancong yang berkunjung ke negeri itu. Membawa gaya elegan dan mewah dengan hiasan dalaman yang sangat memukau pandangan, hotel ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengabadikan gambar sebagai kenangan. Selain menikmati keindahan dalaman hotel, anda akan dibawa melawat kawasan sekitar hotel sambil diberi penerangan mengenai sejarah dan latar belakang bangunan hotel tersebut.

Melangkah ke dalam bangunan dengan seni bina luaran english lama ini pasti membuatkan anda rasa seperti berada di luar negara. Selain itu, outdoor swimming pool yang dikelilingi rimbunan hijau pasti membuatkan anda dibuai ketenangan. Dengan ruang santai yang selesa, anda juga dapat mengisi perut dengan teh, kopi, minuman sejuk dan makanan ringan tempatan secara percuma sepanjang hari.

Staf dan servis terbaik

Tidak seperti hotel mewah yang lain, The Edison ini menggambarkan perasaan steril yang berbeza dan mempunyai banyak watak. Tampil dengan harga yang berpatutan, hotel ini menjanjikan keselesaan buat anda dan sesuai bagi yang sudah berkeluarga dan juga mereka yang ingin berbulan madu. Terletak di lokasi yang strategik, hotel ini berdekatan dengan restoran, kafe dan muzium untuk diterokai.

Tambah menenangkan apabila kakitangan hotel sangat peramah dan memberi layanan dengan baik. Rata-rata mereka yang pernah berkunjung ke hotel ini pasti memuji kakitangan yang bekerja di sini. Selain peramah dan baik, mereka juga tidak lokek apabila sering mencadangkan tempat-tempat yang terbaik untuk dikunjungi. Bagi mereka yang sudah kering idea hendak melancong ke mana, The Edison Hotel merupakan tempat yang paling terbaik untuk anda kunjungi! Experience the Exceptional!

Sumber : Jom Kita , The Edison Hotel

×