berita

Foto : Anne Ngasri Anjur Majlis Akikah Sufi Harraz

October 24th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Anne Ngasri 2

Rabu lepas telah berlangsungnya majlis akikah buat anak bongsu pelakon dan pengacara popular, Anne Ngasri. Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah mendapat sentuhan kreatif daripada perunding perkahwinan, Eddie Lydia Seri Delima. 

Dengar sahaja perkataan perunding perkahwinan, pasti ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya majlis akikah dan perunding tersebut bukan?

Kalau nak tahu, Seri Delima merupakan perunding acara yang telah dipilih khas oleh Anne dan suaminya, Sumali, untuk membuat dekorasi pelamin serta buaian indah buat bayi comel mereka, Sufi Harraz. 

Anne Ngasri 1

Anne sedang menyusukan anaknya, Sufi Harraz

Melalui perkongsian foto-foto di laman sosial Anne, buaian Sufi kelihatan sangat cantik apabila dihias indah menggunakan kain langsir berwarna putih dan lebih menarik lagi apabila ia turut diselitkan dengan elemen flora di bahagian atas buaian.

Meskipun hiasan tersebut kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya elemen bunga-bungaan, ia dilihat mampu menonjolkan aura eksklusif untuk majlis tersebut.

Sebagai rujukan, Sufi Harraz telah dilahirkan pada 9 September lalu dan ini merupakan bayi pertama Anne dan suaminya, Mohd Sumali Reduan.

Sebelum ini Anne pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah. 

Untuk peminat setia Anne Ngasri, di sini OHBULAN! kongsikan juga beberapa foto terbaru pelakon tersebut untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Anne Ngasri

SKIP THIS AD ×