berita

Foto : Anne Ngasri & Suami Bulan Madu Di London?

November 15th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Anne Ngasri

Wow, sweetnya, itulah perkataan yang boleh digambarkan buat pelakon dan pengacara comel, Anne Ngasri bersama suami tercinta, Mohd Sumali Reduan yang difahamkan baru sahaja pulang daripada bercuti di London sejak Isnin lepas.

Melalui perkongsian foto-foto di laman sosial aktres tersebut, Anne dilihat hanya bercuti berdua sahaja bersama suaminya tanpa ditemani oleh anak-anak mahupun saudara mara yang lain.

Amboi, pergi bulan madu kali kedua ke Anne?

Anne Ngasri  10

Anne Ngasri bercuti di London

Dalam pada itu, menerusi laman sosial yang sama, pelakon comel ini turut melahirkan rasa syukur kerana perkahwinan mereka hampir memasuki usia setahun dan sebagai seorang isteri, dia berharap agar perjalanan rumah tangga mereka akan berjalan dengan lancar.

Sebagai rujukan, Anne dan Sumali telah bernikah pada 23 Disember 2012 di kediaman keluarga lelaki di Pontian, Johor. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Sufi Harraz pada tanggal 9 September 2013.

Apa pun, untuk semua peminat Anne Ngasri, jom layan beberapa foto romantisnya bersama suami sewaktu bercuti di London baru-baru ini :

Kredit Foto : Instaram Anne Ngasri

SKIP THIS AD ×