berita

Foto : Apek Juvana Sudah Ada Kekasih Hati?

November 13th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Syazwan

Sebelum ini, pelakon yang terkenal menerusi drama Juvana, Syazwan Zulkifly jarang dilihat berkongsi foto mesranya bersama mana-mana wanita lain kecuali aktres tempatan.

Namun begitu, baru-baru ini menerusi laman Facebook seorang wanita yang dikenali sebagai Sya Eriesya, wanita tersebut telah berkongsi beberapa foto mesranya bersama seorang lelaki dipercayai Syazwan.

Syazwan

Menerusi  foto tersebut, Sya Eriesya turut menulis sepatah perkataan iaitu soulmate.

Syazwan Zulkifly

Antara perbualan Syazwan & Sya Eriesya di Instagram

Hubungan cinta mereka dipercayai telah berputik sejak bulan Mac lalu dan perkara ini turut dikuatkan lagi melalui salah satu status yang dimuat naik oleh wanita tersebut.

Facebook

Melalui status itu lagi, dapat dilihat Sya mengucapkan terima kasih kepada SZ diikuti dengan ikon love dan SZ pula dipercayai pangkal huruf bagi nama Syazwan Zulkifly. Adakah ini satu kebetulan?

Apa pun jika benar, OHBULAN! harapkan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan bahagia bersama selamanya. Mari lihat foto-foto mereka selepas ini.

Untuk pengetahuan umum, Syazwan Zulkifly pernah membintangi drama tempatan berjudul Juvana, Tanah Kubur, dan sekarang sibuk mempromosikan drama terbarunya, Jodoh Itu Milik Kita.

Sumber : Facebook Sya Eriesya

SKIP THIS AD ×