berita

Foto : Awal Ashaari & Liyana Jasmay Dilantik Jurucakap Samsung Galaxy S4

June 18th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Samsung Gakaxy S4 7 copy

Baru-baru ini pihak Samsung Malaysia dengan bangganya telah memperkenalkan model terbaru keluaran mereka iaitu Samsung GALAXY S4.

Bagi mempromosikan model terbaru Samsung ini, pihak syarikat tersebut telah memilih dua selebriti terkenal iaitu Liyana Jasmay dan juga Awal Ashaari sebagai jurucakap produk mereka.

Menurut Awal Ashaari, dia tertarik dengan aplikasi translate yang terdapat dalam model Samsung GALAXY S4 ini kerana ia memudahkan dirinya untuk berinteraksi dengan warga asing sewaktu melancong di luar negara. Dalam masa yang sama juga, ia dapat memberinya sedikit input berkaitan bahasa tersebut.

Saya suka Samsung GALAXY S4 ini sebab dia ada aplikasi translate. Jadi bila saya pergi melancong dekat negara mana-mana senang nak berinteraksi dengan penduduk di negara berkenaan. Tambahan pula aplikasi ini turut mengajar kita macam mana nak menyebut setiap perkataan itu dengan betul supaya bunyinya tak lari.

Zaman sekarang ini pun susah nak bawa kamus pergi mana-mana, jadi dengan adanya aplikasi ini ia memudahkan lagi komunikasi kita dan dalam masa yang sama kita juga boleh belajar bahasa asing tersebut sedikit demi sedikit. – Ujar Awal sewaktu bertemu di sesi ramah mesra Samsung GALAXY S4 minggu lalu.

Samsung Galaxy S4 3 copy

Sekiranya Awal menggemari aplikasi translate, lain pula dengan pelakon genit ini, Liyana Jasmay.

Berbekalkan kamera belakang bersaiz 13 megapiksel, ia membolehkan aktres ini mengambil gambar dalam beberapa cara yang menarik dan berbeza. Dengan adanya peranti istimewa seperti Dual Shot, Shot Drama serta Animated Photo, ia membolehkan Liyana mengambil gambar dalam pelbagai gaya dan sekaligus memberi kualiti gambar yang paling cantik. 

Kalau nak pilih telefon bimbit perkara pertama yang akan saya lihat adalah kamera, sebab saya memang suka bergambar. Jadi, Samsung GALAXY S4 ini merupakan telefon android pertama saya dan saya sangat suka dengan telefon ini.

Aplikasi dalam telefon ini sangat bagus sebab kualiti gambarnya cantik dan bila muat niak dekat Instagram, saya rasa sangat puas hati.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri istimewa Samsung GALAXY S4, anda boleh layari laman web rasmi Samsung di www.samsung.com/my atau facebook Samsung di www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Berikut kami lampirkan beberapa fotoAwal Ashaari dan Liyana Jasmay sekitar acara ramah mersa Samsung GALAXY S4 yang berlangsung minggu lalu.

SKIP THIS AD ×