Sama cantik, sama padan pasangan mempelai Elly Mazlein dan Mohamad Azlan yang telah sah ikatan pernikahan pada 18 Januari 2020 sekitar jam 9.00 malam di PWTC, Kuala Lumpur. Elly Mazlein telah terima mas kahwin berbentuk seutas gelang tangan emas dan majlis resepsi yang cukup bermakna itu turut dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai.
Bagai bulan dipagar bintang
Handsome ‘cikgu geografi’
Sebelum ini, Elly Mazlein mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Pasangan ini mula berkenalan pada Ogos 2018 dan majlis bertandang akan diadakan di Kuala Krai, Kelantan.