Semenjak mula menceburi industri hiburan, nama Cristina Suzanne Stockstill jarang sekali dikaitkan dengan mana-mana kontroversi. Kalau adapun rasanya sekali saja, itu pun sewaktu dia digosipkan dengan Bront Palarae.
Mula menempa nama menerusi program realiti Pilih Kasih 2, pelakon yang berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2013 menerusi filem KIL ini dilihat lebih selesa untuk tidak mendedahkan hal-hal peribadinya.
Namun, baru-baru ini, menerusi laman sosial Facebook, beberapa buah blog hiburan telah mengeluarkan foto-foto intim Cristina bersama tunangnya.
Milo merupakan gelaran manja Cristina
Menerusi foto-foto tersebut, difahamkan hubungan cinta Cristina dengan jejaka pilihan ibunya itu tampak mesra apabila mereka bersama. Meneliti setiap foto yang dipaparkan, jelas terpancar sinar kebahagian di wajah pasangan ini semenjak mereka bertunang.
Namun dalam banyak-banyak foto yang dilihat, kami lebih tertarik dengan salah satu foto mesra mereka dimana Cristina dan tunangnya kelihatan seolah-olah sedang bercium.
Keakraban Cristina bersama tunangnya
Memanggil Cristina dengan gelaran Milo, foto tersebut dipercayai diambil di sambutan ulangtahun kelahiran Cristina pada 1 Disember yang lepas.
Apa-apa pun, mari lihat foto-foto mesra mereka ini. Enjoy!