berita

[FOTO] Baik Pulih Wad Kusta Lama Demi Pesakit COVID-19, Pengorbanan Frontliners Harus Dipuji

March 27th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Setakat 26 Mac 2020, dilaporkan terdapat 235 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan yang positif adalah 2,031 kes. Daripada jumlah tersebut, seramai 45 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat kematian menjadikan jumlah kematian 23 orang.

Dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Malaysia, ruang dan wad-wad di hospital semestinya terhad dan ini memaksa frontliners mencari inisiatif membuka kembali wad-wad lama. Orang ramai yang kagum dengan usaha murni frontliners mengucapkan rasa terima kasih.

Wad-wad lama dibuka kembali

MISSION CONTINUE…

Perjuangan membuka wad-wad kusta lama yang telah di tinggalkan untuk covid..

2 minggu yang memerah keringat belakang. Wad-wad lama yang dah berpenunggu ini semua dibuka kembali. Barang-barang lama dibuang dan katil-katil dan peralatan baru dimasukkan. Terima kasih pada kerajaan dan pada syarikat-syarikat yang menyumbang. TV, peti ais, wiring dan segala macam. Wad-wad lama ini dipulihkan dengan kadar segera bagi menampung pesakit yang asyik datang satu bas penuh..

Telah hampir semua wad kusta telah dibuka untuk pesakit covid-19. Kini tiba giliran mini-dewan pula dikosongkan hari ini bagi memuatkan lagi 60 katil bagi pesakit covid.

Pesakit stabil diletakkan di sini

Hospital Sungai Buloh mempunyai kelebihan kerana sebelum ini kawasan PKKN ini adalah kawasan isolasi dan rawatan pesakit kusta. Ia di bina seperti wad kediaman yang dikelilingi taman.

Hanya pesakit-pesakit positif yang stabil akan diletakkan disini. Mereka menggunakan konsep seperti “rumah kediaman”. Pesakit dibenarkan keluar tetapi masih di dalam kompaun pagar wad bagi menghirup udara luar, solat dan sebagainya..

Pada saat ini, hampir ke semua aset telah ditumpukan pada pesakit covid. Jika angka ini tidak dibendung dan terus meningkat. Mungkin kita akan terpaksa membuka dewan orang ramai pula untuk diletakkan katil.

Mari sama-sama kita capai matlamat “0 kes baru”

#covid19
#stayhome
#orthoCOVengers
#aim0newcase

Lagi foto

Dapat pujian

Sumber : Mohd Afiq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×