berita

Foto: Bayi Kedua Tini 3R Yang Comel

September 19th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Yuen-Tini-Rafidah-Azah1

Tini (dua dari kiri) bersama Yuen, Rafidah dan Azah

Lama kita tak mendengar cerita tentang bekas pengacara 3R bernama Tini atau nama sebenarnya Kartini Kamalul Ariffin, kan?

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Tini telah selamat melahirkan bayi keduanya pada 8 September lalu selepas ditahan selama lebih kurang enam hari di hospital sebaik sahaja air ketubannya pecah.

Kalau ada yang perasan, Tini ada meminta pendapat peminat-peminatnya di Twitter berkenaan nama yang bersesuaian untuk anaknya beberapa bulan sebelum bersalin.

Screen Shot 2013-09-18 at 15.54.43

Pebagai nama bermula dengan huruf K telah dicadangkan namun akhirnya Tini memilih untuk menamakan bayi lelakinya Kefli.

Bagaimanapun, beberapa hari lepas Kefli telah dimasukkan ke wad semula kerana menghidap demam kuning. Semoga kesihatan Kefli dan Tini cepat sembuh hendaknya.

Untuk pengetahuan anda, Tini yang pernah menjadi penyampai radio Hot Fm suatu ketika dulu telah mendirikan rumah tangga dengan Pengurus Acara Hot FM, Nur Sulhi Jasmin atau Sol pada 22 Februari 2009.

Setakat ini hidup Tini dan Sol diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Kaseh Nur Sulhi dan Kefli Nur Sulhi.

Bagi yang belum berpeluang melihat bayi kedua Tini, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto untuk tatapan anda.

Kredit foto: Instagram Kartini Ariffin

SKIP THIS AD ×