Tahniah diucapkan buat bekas vokalis kumpulan Estrella, Liyana Fizi yang telah selamat melangsungkan pertunangannya dengan jurugambar profesional, Firdaus Karim pada 14 September lepas.
Meneliti setiap foto yang dikongsikan, Liyana telah melahirkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama, Firdaus turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penyanyi tersebut kerana sudi menerimanya sebagai teman hidup.
Liyana anggun menggayakan baju kurung moden
Di hari bersejarah itu, Liyana kelihatan sangat anggun apabila menggayakan baju kurung berpotongan moden warna kelabu. Meskipun busana yang digayakan oleh penyanyi itu kelihatan sedikit ringkas, akan tetapi dengan adanya eleman manik di bahagian lengan, ianya dilihat mampu menaikkan sedikit seri di wajah Liyana.
Sekadar rujukan, sebelum ini Liyana pernah menjadi vokalis kumpulan indie, Estrella, di mana kumpulan tersebut mempunyai lima orang ahli yang dianggotai oleh Yob (gitar), Jeff (drum dan penerbit), Wan (perkusi) serta Izaad Amir atau Mad (gitar). Bagaimana pun, Izaad Amir telah meninggal dunia, Disember tahun lepas.
Artikel Berkaitan :
Antara lagu-lagu popular kumpulan Estrella adalah Stay, Ternyata dan My Morning.
Apa pun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan video kumpulan Estrella serta beberapa foto Liyana Fizi sekitar majlis pertunangannya Sabtu lepas.
Kredit Foto : Instagram Liyana Fizi & Firdaus