berita

Foto Berdoa Kena ‘Report’ Di Instagram, Sonny Bill Williams Mohon Maaf Jurugambar Malaysia

September 25th, 2019 | by faris
Kini Trending

Bintang ragbi sensasi All Blacks, Sonny Bill Williams memuatnaik screenshot memaklumkan pihak Instagram telah memadamkan fotonya yang sedang berdoa bersama rakan seagama, Ofa Tuungafasi selepas perlawanan. Menurut Instagram, tindakan menurunkan foto berkenaan kerana menerima laporan dari pihak ketiga berhubung hak cipta.

Hanya luah kesyukuran

Menurut pemain ragbi Muslim itu, dalam foto berkenaan hanyalah memaparkan dia dan rakan sepasukan meluahkan kesyukuran setelah dikurniakan satu nikmat. Perkara itu menimbulkan tanda tanya di pihaknya setelah ada pihak yang melaporkan foto tersebut dan akhirnya dipadamkan.

Jurugambar dikecam

Ekoran itu, jurugambar asal foto berkenaan, Faiz Azizan, diserang oleh netizen yang tidak berpuas hati dengan laporan dibuat kepada pihak Instagram. Turut dimuatnaik adalah foto asal itu yang disertakan dengan watermark namanya dan MalaysiaRugby.com.

Sonny mohon maaf

Setelah diberi pencerahan, Sonny kemudiannya memohon maaf kepada jurugambar terbabit kerana telah berlaku salah faham di pihaknya. Menurut Sonny, dia telah menerima foto itu yang telah terpotong nama jurugambarnya yang jika diketahui lebih awal akan diberi kredit kepada individu berkenaan.

Sonny turut membuat permohonan maaf kepada Instagram berhubung dakwaannya sebelum itu.

Sumber: Sonny Bill Williams, Faiz Azizan, Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×