Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi percutian yang menjadi tumpuan di dalam negara. Pemandangan yang indah serta mempunyai flora dan fauna yang semula jadi sememangnya membuat pelancong tertarik dengan keindahan pulau ini.
Satu lagi tarikan yang pasti menjadi tarikan pengunjung ialah sebuah homestay yang terapung di atas air. Menerusi Facebook Auz Pangkor, dia mempunyai sebuah rumah yang dijadikan kemudahan homestay terletak di atas air laut. Lebih menarik lagi, pemandangan dari homestay tersebut mampu melihat Masjid Seribu Selawat dengan begitu jelas. Jom kita lihat foto-foto menarik dari homestay itu!
Homestay terapung atas laut
https://www.facebook.com/aus.lcpangkor/videos/3175664029163992/
Dia turut memuat naik video yang memaparkan keindahan pemandangan dari homestay miliknya. Konsep yang digunakan sangat unik membuatkan orang ramai tertarik untuk bercuti di homestay miliknya.
Bagi pengunjung yang berminat untuk tinggal di homestay ini, korang tak perlu risau tentang kemudahan dan bekalan elektrik kerana semuanya lengkap.
Pemandangan waktu malam
Jangan risau tentang bekalan elektrik
Rumah dikelilingi air laut
Jelas kelihatan Masjid Seribu Selawat
Kemudahan yang cukup buat pengunjung
Cukup menarik & menyeronokkan
Sumber: Auz Pangkor