berita

Foto: Bunga Citra Lestari Pula Buka Restoran

July 29th, 2013 | by Ai
Hollywood

kKNgvH54GX

Pada bulan Februari yang lepas, pelakon Malaysia yang kini menetap di Indonesia, Ashraf Sinclair telahpun berjaya berkecimpung di dalam perniagaan makanan melalui francais restoran TGIF di Indonesia.

Namun kini isterinya, Bunga Citra Lestari pula mengikuti jejak langkah Ashraf dengan membuka restoran makanan tradisional masyarakat Sunda.

Screen Shot 2013-07-29 at 14.23.52

Melalui akaun Twitter milik BCL dan Ashraf, restoran yang diberi nama Pondok Sunda itu baru dibuka semalam (28 Julai 2013) di pusat membeli belah Lotte Shopping Avenue di Jakarta.

Nampaknya, pasangan selebriti ini semakin selesa menceburi perniagaan restoran namun BCL pernah menyatakan penglibatannya dalam bidang tersebut bukanlah sebagai perancangan keduanya apabila sudah tidak aktif menyanyi nanti.

Screen Shot 2013-07-29 at 14.24.42

Restoran Pondok Sunda di Jakarta

Dalam perkembangan lain, BCL kini tampil dengan album baru yang diberi judul BCL: The Best Of selepas lima tahun menyepi sejak kali terakhir melancarkan album pada tahun 2008.

Album terbaru itu menampilkan 12 lagu-lagu popular BCL termasuk dua buah lagu baru berjudul Jangan Gila dan 3 Salahmu. Kalau anda peminat BCL, jom dengarkan suara lunak penyanyi cantik ini menyanyikan lagu Jangan Gila di bawah. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×