Pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengejutkan peminat apabila mengumumkan mereka telah selamat bergelar suami isteri pada 5 November lalu.
Artikel berkaitan: ‘Syukur Allah Makbul Doa Jodoh, Nak Jadi Orang Pertama Bawa Kamal Adli Pergi Umrah’ – Uqasha Senrose
Artikel Berkaitan: Sebulan Simpan Rahsia, Kamal Adli & Uqasha Senrose Sudah Bergelar Suami Isteri – ‘Kami Tak Ada Niat Untuk Merahsiakan Majlis Perkahwinan’
Berikutan daripada pengumuman tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat foto majlis akad nikah dan persandingan mereka. Di Instagram, Uqasha mula memuat naik beberapa foto momen hari bahagianya bersama suami tercinta.
Cantiknya deko!
Foto: Flair Design
Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen telah menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal. Dalam majlis itu, hampir 100 tetamu yang terdiri daripada sanak-saudara serta kenalan rapat kedua-dua mempelai turut hadir.
Foto: Flair Design
Dua persalinan yang cukup menawan
Untuk majlis akad nikah, Kamal dan Uqasha telah memakai busana sentuhan pereka terkenal iaitu Shanell Harun. Kedua-dua mempelai ini kelihatan sama cantik dan sama padan tatkala mengenakan busana bewarna putih.
Inspirasi pemerintah Kelantan
Untuk persalinan kedua, pasangan ini memakai busana tradisional daripada kain songket berona ungu hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Menurut Rizman Ruzaini, busana tersebut telah diinspirasikan daripada pemerintah Kelantan suatu ketika dahulu, Che Siti Wan Kembang, sesuai dengan negeri kelahiran pelakon ini.
Uqasha dalam Jelmaan Che Siti Wan Kembang dengan busana yang diinspirasikan dari persalinan ‘Legendary Queen’ dari Negeri Kelantan, yang juga merupakan tempat kelahiran Uqasha.
Sumber: Uqasha Senrose