Nama Caprice sejujurnya agak suam-suam kuku juga sebelum dia mula dikenali melalui lagu 5:00 minit yang dinyanyikan bersama Ramlah Ram.
Sejak dari itu, peminat terutamanya gadis-gadis remaja telah mula memberikan perhatian terhadap penyanyi rap yang berusia 25 tahun ini kerana muziknya yang ‘catchy’.
Namun begitu, Caprice nampaknya tidak hanya bergantung kepada bidang nyanyian sahaja apabila dia kini mula berjinak dengan perniagaan kecil-kecilan yang menjurus kepada menjual kek dan kek cawan.
Melalui laman Instagram Caprice, OHBULAN! mendapat tahu perniagaan kek yang diberi nama Caprice’s House of Cakes itu baru masuk dua bulan dan khabarnya dia akan membuka boutique bakery pula selepas Aidilfitri nanti.
OHBULAN! suka melihat semangat yang ditonjolkan oleh anak muda ini. Walaupun kerjaya nyanyiannya agak lambat untuk diterima oleh masyarakat namun dia bijak untuk meluaskan empayar jenama Caprice.
Kalau nak tahu apa jenis kek yang dijual oleh Caprice, jom tengok koleksi foto di bawah. Semuanya nampak sedap-sedap belaka, kan?
Kredit foto: Instagram Caprice Official