berita

Foto : Chef Riz Kini Bercinta Dengan Kakak Emma Maembong

November 12th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Chef Riz 1

Setelah bercerai dengan pelakon drama Cinta Itu Milikku, Ana Dahlia, Chef Riz pernah dikaitkan bercinta dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Mak Jemah.

Cerita tersebut timbul apabila Chef Riz berkongsi beberapa foto mesranya bersama wanita itu di laman sosialnya sekitar awal Februari lalu.

Artikel Berkaitan :

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini tiada lagi kelibat Mak Jemah di laman sosial Chef Riz dan kedudukan wanita itu telah digantikan dengan wanita lain yang dikenali sebagai Shikin Maembong.

Chef Riz 4

Foto mesra Shikin & Chef Riz

Menerusi perkongsian foto di laman sosial Chef Riz, tukang masak terkenal itu mengaku kini dirinya sedang bercinta dengan kakak kepada pelakon drama bersiri Kampung Girl, Emma Maembong.

Pengakuan tersebut turut diselitkan menerusi caption yang dikongsikan oleh Chef Riz dengan kata-kata berbunyi :

1st date with my baby girl @shikin_maembong pergi clinic :-) seorang sakit mata, seorang lagi demam selsema. Adoiii. I’ve known her for her so long.. my junior masa sekolah menengah kat smkde. Now jumpa balik tak sangka we gonna fall in love :-) I’m blessed to have u in my love. Doakan kami yang baik2 ya kawan2. #HappyDaysWitCR  #PakRimauMakRimau #BoboBaba #FitCouple #SwoleMates #LoveTogetherTrainTogether.

Dalam pada itu, melalui laman sosial Shikin, wanita tersebut turut mengesahkan hubungan cinta mereka dengan memanggil Chef Riz dengan panggilan manja, Baby Boo atau Bobo.

Us #mybabyboo #myheart #mysoulmate #mybf#mytrainer #mybaby #mytrusty #myjoy #myeverything

Chef Riz 8Bobo & Baba merupakan panggilan manja untuk pasangan ini

Nampaknya hubungan cinta pasangan ini turut mendapat persetujuan daripada adik Shikin iaitu Chacha Maembong.

Menerusi ruang komen yang disediakan, Chacha telah melahirkan rasa tidak sabar untuk merasai sendiri air tangan bakal abang iparnya dan menganggap Chef Riz & kakaknya adalah pasangan bercinta yang comel.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto mesra Chef Riz dan Shikin Maembong untuk tatapan anda semua :

Sumber : Instagram Chef Riz & Syikin Maembong

SKIP THIS AD ×