berita

[FOTO] ‘Cute, Macam Kacuk Melayu Cina!’ – Menang Kejuaraan Dunia, Anak Razif Sidek Bikin Iman Gugur!

July 10th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Sejak jaguh badminton, Dato Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya telah menimbulkan tanda tanya mengenai pengganti solo yang bakal mewakili Malaysia di arena sukan badminton. Bagaimanapun, terdengar ura-ura anak bongsu kepada Razif Sidek iaitu Fazriq Razif mungkin mampu menggantikan tempat pemain no. 1 dunia itu.

Fazriq Razif telah beraksi di beberapa pentas final kejohanan badminton di peringkat antarabangsa pada usia 15 tahun dan berjaya menumpaskan pemain handal. Kami kongsikan kepada anda beberapa foto bakal jaguh badminton negara kita ini beraksi di dalam gelanggang badminton.

Keluarga pembakar semangat

Aksi lincah dalam gelanggang

Foto santai Fazriq

Fazriq Razif merupakan anak bongsu kepada lagenda beregu lelaki negara, Razif Sidek. Nama pemain muda berusia 15 tahun ini menjadi sebutan antara bintang muda yang bakal menggantikan lagenda badminton negara. Dia telah berjaya merangkul kejuaraan ke-9 di peringkat remaja di Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 tahun di Jepun, tempoh hari.

Sumber: Fazriq Razif