Tanggal 1 Mei merupakan hari yang paling bermakna buat isteri kepada pemain badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei iaitu Wong Mew Choo apabila menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-36.
Menerusi Instagram Chong Wei, dia memuat naik beberapa keping foto mengenai sambutan ulangtahun kelahiran isterinya beserta ucapan yang paling sweet.
Let’s grow old together
Menerusi Instagram Chong Wei, dia menyatakan bahawa isterinya merupakan insan yang paling bermakna dalam hidupnya. Perkenalan sejak zaman remaja, membuatkan dirinya yakin bahawa wanita tersebut mempunyai hati yang baik. Tambahnya, wanita tersebut merupakan sumber inspirasi dan kekuatan untuk dirinya terus berjaya.
Jasa dan pengorbanan isterinya melahirkan dua zuriat yang comel dan menjaganya ketika sakit membuatkan kasih sayangnya terhadap wanita itu kian bertambah. Dia turut berjanji tidak akan meninggalkan isterinya malah, akan sambut setiap ulangtahun kelahiran bersama.
Reaksi netizen
Rata-rata netizen memberikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat isteri pemain badminton tersebut dan terharu dengan sifat romantik Chong Wei terhadap isterinya. Mereka mendoakan pasangan tersebut kekal bahagia buat selama-lamanya.
Sumber: Datuk Lee Chong Wei