berita

Foto: Daphne Iking Selami Sejarah Cambodia

September 9th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2013-09-09 at 00.51.36

Kalau melihat kepada foto-foto yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Daphne Iking di Instagram, timbul pula sedikit kesedaran mengenai pengetahuan sejarah dunia.

Memanglah lebih baik mengenali sejarah negara dan asal-usul sendiri, namun tidak ada salahnya kalau mahu menambah ilmu pengetahuan dengan sejarah pembangunan negara lain juga.

Baru-baru ini Daphne telah berangkat ke Cambodia untuk makan angin sambil menyelami kisah silam yang pahit di sebalik kebangkitan Cambodia.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan oleh Daphne, selebriti itu dilihat cuba mengorek dengan lebih mendalam mengenai kisah Pol Pot, ketua Khmer Rouge yang melakukan pembunuhan beramai-ramai untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Ternyata setiap negara mempunyai sejarah silam yang menyakitkan termasuklah manusia biasa dan selebriti. Walaupun sebelum ini nama Daphne menjadi perbualan hangat kerana kontroversi skandal, namun nampaknya dia berjaya melepasi fasa mencabar itu dan kini hidup bahagia bersama suami tercinta.

Screen Shot 2013-09-09 at 00.56.02

Untuk pengetahuan anda, Daphne telah memeluk Islam dan berkahwin untuk kali kedua dengan Joe atau nama sebenarnya Azmi Abdul Rahman pada tahun 2011.

Melalui perkahwinannya dengan Joe, Daphne dikurniakan seorang anak perempuan selain seorang lagi anak, Isobel melalui hubungan terdahulu.

Bagi peminat-peminat Daphne, di sini OHBULAN! sertakan beberapa keping foto percutian selebriti itu bersama suaminya di Siem Reap. Sempat juga Daphne membuat aksi wajib yoga kegemarannya di sana.

SKIP THIS AD ×